Anda akan dilabelkan sebagai ulat buku atau pencinta buku jika
anda mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
1. Suka membaca dan membeli buku.
2. Mempunyai koleksi buku-buku peribadi.
3. Setiap kali ada wang atau gajian, akan terus menuju ke kedai
buku terlebih dahulu.
4. Kerap membeli buku walaupun buku lama yang baru dibeli belum
habis dibaca.
5. Teruja jika ada potongan harga yang ditawarkan di kedai-kedai
buku.
6. Membuat persiapan awal untuk menghadiri pesta-pesta buku yang
akan berlangsung.
7. Sangat sayang pada buku dan kedekut jika ada orang yang ingin
meminjamnya.
8. Kemana-mana saja sentiasa berkepit dengan buku.
9. Disetiap sudut rumah akan kelihatan longgokan buku-buku.
10. Tidak kedekut untuk membeli buku walaupun sebuah buku itu
berharga ratusan ringgit.
11. Tidak hiraukan aktiviti lain, hanya beraktiviti dengan
buku-buku saja.
12. Sering lewatkan masa tidur dan rela bersengkang mata untuk
menghabiskan bacaan.
13. Membaca buku yang sama berulang-ulang.
14. Dimana-mana saja, hati dan pandangan selalu tertumpu kepada
buku.
15. Lupa makan, jika sedang kusyuk membaca.
16. Bersedia mengeluarkan wang untuk membeli dan menyediakan
rak-rak untuk penyimpanan buku.
17. Banyak habiskan masa di kedai-kedai buku dan perpustakaan.
18. Tidak suka bersosial kerana masa lebih berharga untuk
meneruskan bacaan buku.
19. Tidur dan baring dengan buku.
20. Menangis dan kesal jika buku hilang atau rosak dimakan
anai-anai.
21. Ingat atau hafal tajuk dan isi kandungan sesebuah buku.
22. Apabila bersama buku, hati menjadi tenang dan kesedihan
menjadi sifar.
23. Sakit hati jika melihat orang lain tidak menghargai buku.
24. Sentiasa bersemangat untuk menyudahkan dan memulakan bacaan
sesebuah buku.
25. Membaca buku dengan ruh hingga mempengaruhi emosi.
26. Longgokan buku-buku menjadi terapi minda.
27. Sering bercakap, ketawa, bersedih dan menangis kesan dari
pembacaan sesebuah buku.
28. Sanggup bersusah payah untuk mendapatkan buku-buku yang sukar
ditemui.
29. Tamak dalam membaca buku. Dalam masa yang sama membaca 5 buku sekaligus.
30. Jika berjumpa dengan kawan-kawan yang ada minat yang sama,
topik buku akan sentiasa menjadi topik utama.
31. Cemburu jika melihat ditangan orang lain ada buku, sedangkan
ditangan sendiri tidak memegang buku.
32. Memenuhi ruang dan dinding rumah dengan susunan buku-buku.
33. Mempunyai impian untuk membuka kedai buku dan memasarkan
buku-buku hasil karya sendiri di kedai buku tersebut.
34. Bersemangat mempengaruhi orang lain untuk sama-sama menjiwai
kehidupan sebagai ulat buku.
35. Menyimpan banyak penanda buku sebagai koleksi.
36. Suka menghidu bauan kertas pada helaian buku-buku baru yang
terdapat di kedai-kedai buku.
37. Sangat prihatin dengan kesalahan ejaan, tulisan, muka surat
dan cetakan pada sesebuah buku.
38. Tidak banyak bercakap, suka mendengar dan selalu menganalisa
setiap apa yang orang lain katakan. Ini kerana fikiran sedang menerawang
mencari kemiripan dengan apa yang pernah dibaca.
40. Koleksi buku menjadi perhiasan utama di rumah hingga
menimbulkan kekaguman kepada setiap tetamu yang bertandang.
No comments:
Post a Comment